Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Integriti politik tenat — Hussien

Duit lebih utama daripada rakyat

0

AKTIVIS Hussien James Madatin, 59 membayangkan bahawa politik di negara ini bukan lagi penyelamat kepada rakyat, sebaliknya permainan judi pihak tertentu untuk keterusan hidup yang mewah.

“Mereka (Pemimpin) umpama semut mengejar gula, sebab itu terbitnya slogan ‘katak’ kerana mereka (pemimpin) bersedia pada bila-bila saat untuk beralih sokongan untuk sesuatu yang memberikan mereka kemewahan,”

“Integriti pemimpin hancur,” Katanya dalam satu temuramah eksklusif dengan The Borneo Digest di sini pada Jumaat (21 Mei 2021).

Hussien berkata, integrti politik di negara ini sangat tenat dan rakyat perlu mengambil langkah yang bijak untuk mencergaskannya semula.

“Rakyat perlu ada kesederan mengenai ini (mencergaskan politik Malaysia) .. caranya tolak pemimpin yang tidak berintegriti,”

Hussien menambah, senerio itu perlu diperangi kerana ia adalah penyakit yang kritikal yang sedang melanda pemimpin-pemimpin masa kini.

“Lemah integriti umpama kanser yang membawa maut kepada masa depan rakyat,” katanya dan memetik penyakit itu kini sedang menular dikalangan pengundi.

“Pengund juga kini lebih tertumpu kepada calun-calun yang mampu menawarkan ganjaran wang yang lebih besar,”

“Natijahnya calun berilmu dan berkebolehan yang tidak mempunyai wang kalah, sebaliknya calun kaki lima yang ditaja jutaan ringgit kini seorang wakil rakyat,”

“Bukan perkara mustahil pada masa hadapan calun jutawan dikalangan Pendatang Tanpa Izin (PTI) wakil rakyat kepada bangsa KadazanDusun dan Murut (KDM) di Sabah,” katanya.

Menjawab satu soalan, Hussien berkata, kecenderungan pengundi masa kini masih berpaksi sintimen.

Katanya, calun menyajikan isu-isu kenegerian dan bangsa sebagai modal untuk meraih sokongan dengan mengenepikan kehendak sebenar pengundi di kawasan.

“Fakta yang sangat jelas,” katanya.

Hussien yang merupakan mantan calun pilihan raya pada PRU-14 berkata, masih terdapat rakyat di beberapa kawasan di Sabah yang belum mendapat bekalan air bersih sejak lebih 40 tahun yang lalu yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk diselesaikan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.