Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bekas polis ditangkap kerana mencuri di Keningau

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Seketika dahulu dia seorang penguatkuasa undang-undang berpangkat Kopral di Unit Anti Rusuhan (FRU), tetapi pada Ahad lepas (17 Mac 2016)

DSP Douglas Nyeing Taong menunjukkan mesin pemotong kayu yang Berjaya dijumpai semula
DSP Douglas Nyeing Taong menunjukkan mesin pemotong kayu yang Berjaya dijumpai semula

bekas rakan sejawat memberkas beliau kerana didapati mencuri mesin pemotong kayu dan tong gas di kilang gilingan padi di Kg. Ranggom Apin-Apin.

Bercakap kepada media dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Keningau, Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, pada tahun 2010 suspek dibuang kerja atas kesalahan kes dadah.

Suspek juga mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 380 dan telah menjalankan hukuman penjara selama 8 bulan mulai 25 Disember 2015 dan didenda sebanyak RM5,000.00.

Menurut fakta kes yang dilakukan oleh suspek pada Ahad, Ketua Polis itu menjelaskan polis berjaya mengenalpasti suspek melalui rakaman CCTV yang dipasang oleh pemilik kilang pemoresesan padi tersebut.

Polis Berjaya menjumpai semula lima buah tong gas yang telah dijual di sebuah kedai runcit di Jalan Ansip, serta dua buah mesin pemotong kayu yang diletakkan di sebuah bengkel kereta di Kg. Kuangoh Bingkor.

Kesemua bahan bukti telah dibawa ke Balai Polis Keningau untuk membantu siasatan, sementara suspek disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Kesekasaan merana mencuri.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum penjara dan sebat. – MA.

 538 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.