Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Curi ikan masin dan wang, dua wanita dicekup polis

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Curi ikan masin dan wang, dua wanita tempatan dicekup polis lewat tengah malam pada Ahad lepas (20 Mac 2016).

douglas menunjukkan duit dan pemotong besi (1) Ketika menjelaskan penangkapan itu kepada pengamal media, Ketua Polis Keningau (gambar) Deputi Supritendan Polis (DDP) Douglas Nyeging Taong berkata, kedua-dua wanita itu berumur 22 dan 28 tahun disyaki mencuri barang runcit di pasar umum Keningau.

Kedua-dua suspek itu didapati positif dadah.

Menurut fakta kes, kira-kira jam 12.16 tengah malam polis menahan suspek pertama yang sedang mencuri di sebuah kedai barang runcit di pasar umum Keningau, selepas mendapat aduan daripada pemilik permis perniagaan itu.

Suspek kedua Berjaya ditangkap kira-kira jam 3.00 petang.

Menurut Taong sebilah gunting dan wang tunai sebanyak RM275.10 sen turut ditemui daripada suspek kedua.

Katanya suspek dipercayai memasuki sebuah permis di kawasan pasar umum itu melalui pagar dawai yang telah dipotong dengan pemotong besi bersaiz sederhana sebelum memasuki permis berkenaan.

“Suspek memotong rantai manga sebelum memasuki pasar itu,” jelasnya.

Rampasan yang diperoehi daripada kedua-dua suspek itu telah dibawa ke balai polis sebagai bahan bukti, sementara kedua suspek ditahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda kerana kesalahan mencuri.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana positif dadah, dan boleh didenda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun jika sabit kesalahan. — MA.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.