Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bertengkar dengan suami, isteri ugut bunuh anak

0

MALANG: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa melalui mesej di akaun Instagram polis Malang selepas isterinya mengancam untuk membunuh anak mereka ketika dia tiada di rumah.

Anggota polis dilaporkan bergegas ke kediaman wanita berusia 24 tahun itu di Desa Wandanpuro di daerah Bululawan selepas dia mengugut mahu membunuh dua anaknya yang baru berusia lima dan enam tahun.

“Suaminya meminta bantuan anggota polis untuk pergi ke rumah mereka, kerana dia berada di luar kota,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Balai Polis Malang, Inspektor Ahmad Taufik.

Ahmad mendedahkan bahawa wanita itu berbuat demikian selepas bertengkar dengan suaminya akibat masalah rumah tangga.

“Si isteri melulu dan mengugut untuk membunuh anak mereka selepas berselisih faham dengan sang suami.

“Mereka berdua sudah lama tidak tinggal sebumbung. Ketika ini suaminya bekerja di Mojokerto dan proses perceraian mereka di Mahkamah Agama masih belum selesai,” jelasnya.

Ahmad menegaskan, polis akan terus memantau pergerakan wanita itu dengan bantuan penduduk kampung dan anggota rukun tetangga daerah Bululawang selain menyediakan sokongan sosial kepadanya bagi mengelak dia mencederakan anak-anaknya.

“Kami turut mengerahkan anggota polis wanita untuk menghulurkan bantuan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.