Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Perolehan sektor koperasi 2023 45.5 bilion – Ewon

0
Ewon menyampaikan anugerah koperasi terbaik 2023

KUALA LUMPUR: Datuk Ewon Benedick berkata, perolehan sektor koperasi pada tahun ini adalah RM45.5 bilion dan DaKoM 2030 mensasarkan perolehan sebanyak RM60 bilion pada 2025 dan RM100 bilion pada 2030 menerusi empat teras dasar dan 20 strategi.

Katanya, kerangka DaKoM 2030 adalah kesinambungan dasar kementerian sebelum ini dengan hala tuju strategik bagi pembangunan koperasi dalam meningkatkan prestasi ekonomi dan kesejahteraan sosial anggotanya.

Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Malaysia itu memberitahu, empat teras dasar dan 20 strategi telah dibangunkan untuk memacu pencapaian visi ini iaitu mentransformasi sokongan koperasi kepada ekosistem holistic dan kondusif, meningkatkan kefahaman dan penghayatan prinsip teras koperasi, meningkatkan kapasiti dan keupayaan koperasi dan memajukan sektor koperasi sebagai wahana pembangunan sosioekonomi.

Menteri Pmbangunan Keusahawanan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick bertanya sesuatu mengenai perkembangan koperasi daripada salah seorang koprator

“Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2023 mensasarkan tiga KPI utama pembangunan koperasi, iaitu meningkatkan perolehan sektor koperasi, peningkatan koperasi aktif dan Indeks Kesejahteraan Anggota (IndeKa),” Katanya

merasmikan Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2023 yang mensasarkan tiga KPI utama pembangunan koperasi.ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia (DaKom)2030, di Hotel Tenera Bangi, di sini, hari ini.

Terdahulu ketika berucap, Ewon berkata kementerian komited meningkatkan kesedaran, kefahaman serta penghayatan berkoperasi di kalangan masyarakat menerusi Program Memasyarakatkan Koperasi di pelbagai lapangan.

“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 15,315 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan seramai 7.31 juta orang, syer dan terkumpul RM16.98 bilion serta aset terkumpul RM159.61 bilion.

“Sungguhpun begitu, aktiviti ekonomi koperasi mengalami beberapa kekangan dalam konteks perundangan di peringkat nasional yang membataskan penyertaan koperasi dalam aktiviti ekonomi berprospek tinggi.

“Ini kerana, beberapa akta perundangan yang dikawal selia oleh Kementerian dan agensi Kerajaan yang kurang mesra atau membataskan perniagaan koperasi,” katanya dan berharap kerajaan dapat memberikan pertimbangan khas membantu gerakan koperasi.

Selain itu katanya, gerakan koperasi juga wajar dipertimbangkan menikmati insentif cukai sama seperti yang dinikmati Syarikat, antaranya insentif cukai bagi Taraf Perintis dan Relief Kumpulan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.