
ULAR sawa batik (python reticulatus) sepanjang 12 kaki yang kekanyangan selepas menelan dua ekor kucing di sebuah rumah Taman Melawa Jaya berjaya diditangkap oleh sepasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini, pada Isnin.
Ketua BBP Lintas, Agustovia Joe Guasi memberitahu dalam satu kenyataan kepada media, Ular itu ditangkap dalam sangkar dalam kejadian jam 8.45 pagi.
“Ular sawa itu berjaya menelan dua ekor, manakala seekor lagi mati dalam sangar,”. Katanya dan memberitahu pasukannya menggunakan ‘snake catcher’ untuk menangkap reptilia itu yang dipercayai menyusup masuk dalam sangkar kucing itu.
Agustovia memberitahu ular itu akan dilepaskan di sebuah kawasan yang jauh daripada perumahan. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA
1,446 total views, 1 views today