Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bung ziarah keluarga mantan AJK Umno meninggal

0

Oleh JAAFAR ABD WAHID

TAHLIL Bung (tiga dari kiri) mengaminkan majlis tahil dan doa selamat semasa ziarah tersebut

ZIARAH…Sedih dan sayu itulah perasaan yang dapat dizahirkan pada raut wajah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ,ketika menziarahi keluarga Allahyarham Ahmad Barhama di kediaman mereka di Taman Air Port Sandakan. Allyaraham meninggal dunia pada malam jumaat lepas di Hospital Duses Of Kent Sandakan setelah mengadu sakit perut.Jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung Suan Lamba Kinabatangan pada jumaat lepas.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan beliau bukan sahaja kehilangan seorang pemimpin tapi merupakan saudara rakan sepermainan semasa kecil.

Bung berkata, Allahyarham merupakan  bekas jawatankuasa Umno bahagian Kinabatangan dan merupakan Ketua Pusat Daerah Mengundi Suan Lamba  yang sentiasa merendah diri mesra dan amanah ketika menjalankan tugas.

“Hari ini saya kehilangan seorang saudara rakan sepermainan semasa kecil yang saya kenali sebagai insan yang sederhana,mesra dan amanah ketika menjalankan tugasnya saya berharap isteri, anak-anak serta ahli keluarga  allahyarham tabah dan sabar menerima ujian ini” katanya dalam keadaan sabak ketika ditemui selepas melakukan ziarah tersebut.

Turut serta dalam ziarah Setiausaha Politik Bung yang juga Ketua Puteri Umno Sabah Datuk Dr Fadilah Sarbu, Naib Ketua Umno bahagian Kinabatangan Pg Aziz Pg Damsah dan beberapa orang pemimpin Umno bahagian Kinabatangan

Pada majlis tersebut selain ziarah Bung bersama rombongan turut menyertai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Iman Taman Murni Abdul Bin Zianal.

 1,493 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.