Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sabah bebas buruh paksa dan kanak-kanak – JTK

0

Oleh DG HENRY

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Jabatan Tenaga Kerja (JTK)  mengesahkan Sabah bebas daripada isu-isu berkaitan buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

Wan Zulkfli sedang bertanya sesuatu dengan salah seoranf pekerja ladang

“Ia tidak berlaku di sini (Sabah),” jelas Pengarah jabatan itu di Sabah Wan Zulkfli Wan Setapa kepada The Borneo Digest di Ladang Syarikat Sogreen Sendirian Berhad pada Jumaat lalu.

Wan Zulkfli mengetuai rombongan lawatan ke tempat pekerajaan sempena ‘Program Membenteras Buruh Paksa Dan Buruh Kanak-Kanak Negeri Sabah’, yang turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sebuah Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa,  Earthworm.

Siri lawatan ke tempat pekerjaan itu merupakan yang kedua dilakukan.

Pengarah itu bagaimana pun tidak menafikan  pernah menerima aduan isu berkaitan daripada pihak syarikat ladang tetapi mengklifikasikan sebagai kes terpencil dan lebih berbentuk pertanyaan.

Wan Zulkifli (tengah) bersama pasukan lawatan ke ladang sawit di Sook

“Ya, kita menerima beberapa, kita juga ada menerima beberapa aduan berkaitan dengan buruh kanak-kanak tapi aduan yang kita terima ini bukan aduan yang melambangkan bahawa perkara itu telah berlaku kesalahan. Tapi aduan yang dibuat oleh majikan pertanyaan yang daripada majikan bagaimanakah syarat-syarat jikalah buruh kanak-kanak ataupun buruh orang muda itu untuk dijalankan,” katanya.

Menjawab satu soalan, Wan Zulkfli berkata, setiap aduan yang diterima perlu diteliti dengan sebaiknya sebelum mengambil sebarang tindakan yang sesuai.

“Kita tidaklah akan terus menghukum mana-mana majikan yang ada menggaji buruh kanak-kanak ini kerana ada juga sesetengah majikan itu bukan mereka yang berkehendakkkan begitu tapi atas faktor budaya,  kerana ibubapa memerlukan anak-anak membantu mereka dan sebagainya,” Katanya.

Tambahnya, faktor kemiskinan salah satu sebab kenapa ibubapa melibatkan anak-anak mereka bekerja sebagai pembantu di ladang.

“Sebab itu pendekatan yang kita ambil (JTK) ialah development and diplomatik approach .. banyak elemen disitu yang perlu diambil kira,”.

“Kita memberi nasihat dahulu para majikan .. kita akan bertemu dulu dengan ibubapa agar mereka tidak membenarkan anak-anak mereka berada di kawasan tempat kerja dan membenarkan mereka bekerja bersama-sama. Inilah yang paling penting,” katanya.

Mengenai program yang dijalankan selama dua hari di Keningau, Wan Zulkfli berkata, isu yang paling besar dibincangkan ialah memberi kesederan kepada majikan supaya memahami dengan jelas mengenai fungsi mereka sebagai pengeluar supaya tidak diberi sekatan oleh negara-negara pengimport kelapa sawit.

“Fokus kita ialah memberi kesederan bahawa ekonomi dapat dijalankan dengan lebih baik dan sempurna,”.

“Program itu juga berbincang berkaitan dengan freedom of movement with holding a passport isu-isu yang berkaitan dengan waktu kerja di tempat-tempat pekerjaaan dan juga isu-isu gaji minimum,”.

“Hasil daripada perkara tersebut telah memberi manafaat pada para majikan dan pasti juga memberi faedah kepada pekerja,” katanya.

Wan Zulkfli berkata, seminar itu turut membincangkan pindaan undang-undang berkaitan dengan penginapan perumahan dan pematuhan yang ditetapkan kepada pekerja.

“Pindaan itu masih dalam proses kajian dan sudah pasti perbiancangan akan dibuat dengan para majikan apabila pindaan itu telah buat nanti para majikan akan dapat mematuhi stabndard-standard yang telah ditetapkan kepada pekerja,”  jelasnya dan menambah, beliau sangat berpuas hati dengan keterbukaan majikan untuk menerima pandangan dan nasihat daripada jabatan itu sepanjang tempoh lawatan.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.