Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

BYC 2.0 Himpun Belia, ‘Mission Walk’ Kukuhkan Komuniti di Bingkor

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia), 13 Sept – Ratusan belia dari Zon Bingkor, Keningau, serta wakil dari Beaufort, Tenom dan Diosis Kota Kinabalu dijangka menyertai Bingkor Youth Camp 2.0 (BYC 2) pada 15 hingga 18 September di Gereja St. Mary Bingkor.

Program empat hari itu memberi tumpuan kepada pembinaan sahsiah belia Katolik melalui aktiviti rohani, kepimpinan dan khidmat masyarakat. Acara kemuncak, Mission Walk, bakal berlangsung pada 17 September, bermula 7.30 pagi di Kampung Sandapak.

Peserta akan bergerak dalam kumpulan sambil melaksanakan tugasan misi, termasuk kerja amal seperti memungut sampah sepanjang laluan. Inisiatif ini bertujuan menanam nilai sukarela, kepedulian alam sekitar serta mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung.

Mission Walk direka untuk memberi pengalaman pelayanan secara langsung bersama komuniti,” kata Koordinator BYC 2.0, Samuel Unau Asong Atam. “Kami berharap ia bukan sekadar mengeratkan hubungan belia dengan masyarakat, tetapi juga menghidupkan semangat pelayanan dalam kalangan generasi muda.”

Ketua Kampung Sandapak, Ambrus Enggu Ungkiu Singgon, turut menyeru penduduk memberi sokongan penuh bagi memastikan kelancaran acara.

Orang ramai boleh menghubungi Samuel Unau Asong Atam (016-6119602) atau Jennifer Erick (011-29204688) bagi maklumat lanjut. — Oleh:  PAUL UKAU

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.