Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dalid kayu: Aset pelancongan Sabah

0

IA dikenali sebagai ‘dalid’ dikalangan suku kaum Dusun pedalaman Sabah. Dalid atau banir dalid-1dalam bahasa Melayu merupakan akar kayu yang membesar di bahagian bawah sehingga membentuk corak yang sangat unik dan menarik. Di Malaysia hanya pokok Jejawi atau Beringin yang memiliki dalid yang besar. Pokok yang memiliki dalid yang besar pada kebiasaannya menjadi ukuran bahawa pokok tersebut telah berusia dan memiliki nilai khazanah alam yang sangat tinggi.

Di Sabah, bilangan pokok yang memiliki dalid yang besar telah berkurangan disebabkan faktor penebangan yang tidak terurus, seperti pembalakan serta pembersihan kawasan bagi tujuan perladangan.

Gambar sepohon kayu yang memiliki dalid atau banir yang dirakam oleh YB. Datuk Kamarlin Ombi – Pembantu Menteri Pelancongan negeri Sabah ini, antara produk pelancongan yang sangat bernilai. Borneo Digest mengucapkan tahniah kepada Datuk Kamarlin diatas daya usaha beliau untuk mengungkai khazanah alam sebagai aset pelancongan negeri Sabah.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.