SULAP bermaksud pondok dalam bahasa Dusun. Sulap terpakai bagi maksud rumah sementara yang dibina sebagai perteduhan di kebun. Sulap dibangunkan dengan menggunakan bamboo – dindng bamboo, lantai bamboo dan atap bamboo yang dipanggil tinokop.
Membina sulap atau rumah berasaskan bambo bukan perkara biasa bagi kaum Dusun di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman negeri ini seperti Tambunan dan Keningau.
Hari ini rumah-rumah seperti itu tidak lagi kelihatan dimana-mana, mungkin kerana perubahan masa atau semua bangsa Dusun di negeri ini telah mengecapi kemajuan.
Menyedari hakikat itu, seorang graduan komunikasi Puan Rosanna Edeza sedang berusaha untuk membangunkan sebuah kawasan peranginan yang dinamakan Popodsuon, dengan mendirikan beberapa rumah sewaan berasaskan bambu.
Popodsuon dijangka siap dalam tempoh tiga tahun ini, dan apabila siap kelak mengandungi kawasan riadah, rumah sewaan mengikut citara komuniti global.