Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pengakap wanita Sabah tawan Batu Punggul

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): — Pengakap wanita Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila Berjaya menawan puncak Batu Punggul.IMG-20160422-WA0005

“Ini adalah rekod terbaik kami,” jelas pengarah program Emma Connie kepada Borneo Digest.

Ekspedisi ekstrim ‘Road To Jambori Wanita Sabah’ itu disertai oleh seramai 20 orang pengakap wanita dari seluruh negeri.

Menurut Emma, ekspedisi yang sangat mencabar itu disertai oleh wakil-wakil pengakap wanita dari Keningau, Tambunan, Ranau, Sandakan, Tawau dan Sembulan, bagi tujuan untuk mempromosi sambutan ‘Road To Jombori Wanita Pengakap Sabah 2017’ yang telah memilih daerah Keningau sebagai tuan rumah.22042016 batu punggul - 2

Batu Punggul yang mempunyai ketinggian 120 meter dan 68 meter lebar terletak di kawasan rekreasi pelancongan Sepulut, di bahagian pedalaman negeri Sabah.

Ia boleh dikunjungi melalui perjalanan darat dan sungai dari pekan Sepulut.

“Selepas ini kita akan berkayak di Sungai Padas Tenom, Mendaki Bukit Wakid di Tambunan dan Mendaki Gunung Kinabalu,” jelas Emma, dan menambah ia bertujuan untuk mencari dana penajaan perlaksanaan jambori wanita yang akan diadakan di Keningau pada Tahun 2017.

Katanya, ekspedisi itu turut bertujuan untuk mengetengahkan lokasi-lokasi menarik di kawasan pedalaman atas, sebagai tarikan pelancong.—Oleh: KALAWON SALANGIT

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.