PENAMPANG: Deklarasi rumpun Momogun sah ditandatangani dengan 75 persatuan etnik bersetuju supaya istilah ‘Momogun’ digunakan sebagai nama rumpun masyarakat Orang Asal / Anak Negeri Sabah daripada komuniti penutur Dusunic, Murutic dan Paitanic.
“Saya menyokong deklarasi itu dan ada tanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada kerajaan persekutuan,” Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata Ketika berucap merasmikan penutupan Konvensyen Perdana Momogun, Khamis.
Konvensyen yang dianjurkan oleh Momogun National Congress (MNC) dih

adiri 84 persatuan etnik mewakili masyarakat Orang Asal/ Anak Negeri Sabah.
Ewon berkata, deklarasi itu merupakan satu keputusan dasar yang sangat besar selepas konvensyen pertama pada awal tahun 1960-an bagi memilih nama bangsa Kadazan, Dusun atau Momogun pada ketika itu.
Jelasnya, konvensyen itu bukan untuk mencipta satu nama bangsa yang baharu, tetapi satu nama rumpun atau generic term bagi menggantikan istilah ‘Lain-Lain’ yang digunakan dalam borang-borang kerajaan selama ini.
“Bukan hanya nama rumpun kita sahaja yang penting tetapi juga substance atau inti sikap, pemikiran, disiplin dan integriti masyarakat Momogun antaranya progresif, inovatif, rajin, bekerja keras, berkepimpinan, bertadbir urus dan boleh meraih perbezaan.
“Disamping itu, Momogun juga harus memperkasa persamaan dan mencetuskan success stories atau pencapaian-pencapaian dan kejayaan-kejayaan yang boleh menjadi inspirasi atau motivasi terutama kepada generasi akan datang.
“Saya turut menyatakan pembudayaan nama rumpun Momogun harus bermula daripada pertubuhan-pertubuhan yang telah mendukung dan menandatangani deklarasi tersebut melalui penulisan, pengucapan dan pengisian program,” katanya.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu menekankan, beliau tetap seorang Kadazan dan berbangga dengan bahasa Kadazandusun, walaupun menyokong nama rumpun Momogun.
“Dalam penyediaan dasar-dasar ekonomi Kerajaan, data dan statistik rakyat menjadi asas pembuatan dasar. Justeru dengan deklarasi hari ini dan keputusan dasar oleh himpunan pertubuhan-pertubuhan ini dapat membuka ruang kepada banyak perkara positif mengenai masyarakat ini dan peranan serta sumbangan mereka terhadap negara.
“Saya katakan sebagai masyarakat majoriti di Sabah, tidak wajar masyarakat itu diletakkan dalam istilah ‘Lain-Lain’ dalam borang-borang rasmi kerajaan,” katanya.
Beliau berkata deklarasi yang telah ditandatangani untuk merumpunkan suku-suku kaum orang asal dan anak negeri Sabah sebagai rumpun ‘Momogun’ amat positif.
“Saya menyokong deklarasi itu dan ada tanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada kerajaan persekutuan,” katanya.
Beliau turut berkongsi laporan prestasi gerakan koperasi dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara pada tahun 2023 yang jauh lebih baik berbanding prestasi tahun 2022.
“Masyarakat Momogun juga boleh menjadi sebahagian daripada prestasi ini. Apabila masyarakat Momogun mempunyai kekuatan ekonomi dan mempunyai penyertaan besar dalam gerakan koperasi dan PMKS, masyarakat ini boleh memainkan
![]()