Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dua lelaki Sarawak mati ditembak di Jalan Kolam Luyang Sabah

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Polis Sabah mengesahkan identiti dua lelaki yang mati ditembak di Jalan Kolam Luyang, sebagai Hii Lam King, 36, dan Ting Wen Hou, 23, yang kedua-duanya berasal dari Sibu, Sarawak dan menetap di Sabah.IMG-20160415-WA0036

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhuddin Abdul Rahman memberitahu, mangsa terbunuh ditempat kejadian selepas ditembak oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika mangsa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda, dipercayai dalam perjalanan balik selepas menghantar anaknya ke sekolah.

“Terdapat lapan kesan tembakan dilepaskan ke arah mangsa,” katanya kepada media di lokasi kejadian pagi pada Jumaat (15 April 2016).

Seorang lelaki berumur 23 tahun yang duduk di bahagian belakang kenderaan ketika kejadian itu terselamat, beliau merupakan saudara kembar Ting.

Polis belum mengenalpasti motif pembunuhan itu, namun Salehhuddin berkata pihaknya akan menyisat semua sudut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ops Tutup di semua laluan keluar dari bandaraya negeri dilancarkan sejurus selepas kejadian itu. — Oleh: DG HENRY

 924 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.