Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jangan guna orang ketiga urus permit kenderaan — Raimie

0

SANDAKAN (Sabah, Malaysia): “Jangan gunakan orang ketiga untuk memohon lesen permit,” – tegas Datuk Raimie Unggi.IMG-20160414-WA0048

Penegasan itu dibuat berikutan dapatan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP), bahawa terdapat orang ramai menggunakan khidmat orang ketiga untuk mendapatkan lessen pengangkutan awam dan perdagangan di daerah itu.

“Tidak ada jalan mudah untuk urusan ini,” jelas Raimie kepada Borneo Digest ketika ditemui selepas mengadakan Dailog bersama Pengusaha Bas, Teksi dan Lori di Terminal Bas Sandakan baru-baru ini.IMG-20160414-WA0050

Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) itu mendedahkan bahawa ramai masyarakat tertipu dengan perkhidmatan orang ketiga.

Beliau menjelaskan bahawa kegiatan itu telah berlaku di negeri ini sejak sekian lamanya, dan pihaknya akan melakukan sesuatu supaya aktiviti itu dapat ditangani secara total.

Raimie memberitahu bahawa LPKP tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjalankan urusan berkaitan permohonan permit di negeri ini.

“Urusan itu hanya di LPKP,” katanya dan menambah, memohnon permit dengan cara yang tidak sah adalah menyalahi undang-undang.

Kepada satu isu, Raimie menasihatkan pemilik permit supaya tidak menyalahgunakan keistimewahan itu kepada pihak lain yang tidak berhak.

Katanya LPKP telah mengenal pasti terdapat pemilik permit telah menukar hak milik kepada orang lain yang tidak ada pertalian keluarga, apa yang beliau sifatkan kegiatan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.

“LPKP akan mengambil tindakan kepada mereka,” tegasnya.

Mengenai kegiatan kereta sapu di daerah itu, Raimie menasihatkan pengguna supaya berhenti daripada menggunakan perkhidmatan haram itu kerana menurutnya ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi keselamatan pengguna turut berisiko kerana kenderaan yang mereka naik tidak menyediakan perlindungan insuran kepada penumpang.

“Anda harus berhenti daripada menggunakan perkhidmatan haram ini,” katanya, dengan merujuk kepada pengguna di daerah itu.

Beliau turut memberi amaran kepada pemilik-pemilik kenderaan haram supaya menghentikan kegiatan itu, sebaliknya memohon lesen yang sah jika mereka benar-benar berminat dalam industri pengangkutan.

Raimi juga meminta pihak berkuasa tempatan di daerah itu, khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta agensi keselamatan yang lain supaya memastikan tidak ada kegiatan kereta sapu di situ. – Oleh KALAWON SALANGIT

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.