Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA
MENTERI Belia dan Sukan Sabah Datuk Elron Alfred Angin mengingatkan warga kementeriannya untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat yang lebih fokus dan sempurna.
Katanya, membudayakan norma-norma baharu sepanjang masa dengan konsep “kita jaga kita, stay at home serta kawalan kendiri”.
“Ini penting untuk memastikan tidak ada penularan jangkitan atau peningkatan kes Covid-19, lebih-lebih lagi dengan virus baru iaitu omicron dalam kalangan warga kementerian,” Katanya ketika berucap di Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Maljis Apresiasi Kementerian Belia dan Sukan Sabah Tahun 2022 di ibu negeri Sabah pada Jumaat.
Elron berkata, dalam menempuh fasa endemic (Fasa 4 Plan Pemulihan Negara, warga kementerian perlu bersiap sedia mengharungi cabaran umpama alah bias tegal biasa.
Katanya, warga kementerian seharusnya mempersiapkan diri dalam meneruskan perlaksanaan agenda, program dan aktiviti utama yang dirangka oleh kerajaan.
“Segalanya tetap diteruskan dengan berpandukan Standrad Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan bertujuan untuk memastikan kestabilan ekonomi, kelangsungan perniagaan, keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat,”/
“Ini kerana kita masih belum menang dan harus sentiasa berwaspada menghadapi sebarang perubahan SOP,” Katanya.
Mengenai majlis tiga serangkai itu, Elron menekankan sebuah organisasi cemerlang semestinya pencapaian kakitangan yang memiliki prestasi cemerlang dan kualiti.
“Aspek-aspek seperti pengetahuan, kemahiran / skill, pengalaman, kecekapan dan nilai positif serta kepakaran yang dimiliki oleh kakitangan merupakan nilai asset yang tidak ternilai,”.
“Semua diperlukan demi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap kelas pertama,” Katanya.
Seramai empat orang kakitangan kementerian itu menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021.
Hadir sama di majlis tahunan itu ialah Andi Muhammad Suryady bin Haji Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Setiausaha Tetap Kementerian Belia Sabah Mansur Asun, William Ahlan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Putera Jali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah Osman Aganduk dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah Terrance Pudin.