Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon sumbang RM10,000 PIBG St. Joseph Penampang

0

PENAMPANG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph Penampang hari ini menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Menurut Ewon, sumbangan tersebut sebagai sokongan kepada penganjuran-penganjuran program PIBG dan sekolah tersebut yang akan diadakan sepanjang tahun depan.

“Saya hadir hari ini bagi melaksanakan amanah saya selaku Ahli Parlimen Penampang mengunjungi SK St Joseph bersempena dengan program Hari Keluarga sekolah ini yang dianjurkan oleh PIBG.

“Sekolah ini telah melahirkan banyak alumni yang kemudiannya telah berbakti kepada keluarga, pembangunan Penampang dan negara ini. Saya menyokong usaha-usaha PIBG untuk terus menganjurkan program-program yang boleh mencetuskan kecemerlangan di kalangan para pelajarnya seperti selama ini,” katanya.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan sumbangan tersebut selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga sekolah tersebut hari ini, di sini.

Beliau turut dibawa meninjau kawasan sekolah serta diberi taklimat mengenai keperluan-keperluan pembangunan tambahan untuk kemudahan para pelajar, guru dan PIBG.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.