Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

YBR komited bantu pelajar luar bandar– Philip

0

Oleh ROSANNA EDEZA

Pengerusi YBR Malaysia Datuk Philip Benedict Lasimbang menyerahkan anugerah tunai kepada ibu pelajar PNGK 4.00 STPM 2022 Noraliah Syairah Binti Saileh. Dua kiri, Khairy dan kiri sekali Junik

SOOK (Sabah, Malaysia): Yayasan Bank Rakyat sentiasa komited dan tidak akan berputus asa dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan khususnya dalam perihal pendidikan.

Datuk Philip mengabadikan gambar kenangan bersama warga kerja program

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, sepanjang tahun Yayasan Bank Rakyat beroperasi  telah berjaya menjalankan pelbagai program bantuan pendidikan kepada seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit dan juga budaya.

Katanya, Yayasan ini  percaya bahawa pendidikan merupakan instrumen yang penting untuk mengubah masa depan negara ke arah yang lebih terbilang di mata dunia.

“Yayasan Bank Rakyat juga amat berterima kasih dan terharu

Khairy menyampaikan cenderahati kepada Datuk Philip

dengan sokongan dan dorongan yang telah diberikan daripada pelbagai

sudut demi bersama-sama memartabatkan taraf sosio-ekonomi di

Malaysia” katanya semasa berucap Majlis Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil TInggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2022 bagi kawasan Sook dan Nabawan yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Sook pada Sabtu.

Pada majlis ini seramai 74 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di sekitar Sook dan Nabawan menerima insentif tunai berjumlah RM27,200.

Satu untuk album, Team Sook mengabadikan gambar kenangan selepas selesai majlis

Mereka terdiri daripada seramai 20 orang yang mencapai keputusan 5A masing-masing menerima wang tunai RM300.00 manakala yang mendapat 6A seramai 27 orang masing-masing menerima RM350.00 sementara yang mendapat 7A seramai 7 orang masing-masing menerima RM400.00.

Tujuh penerima bagi keputusan 8A menerima RM450.

Pelajar cemerlang STPM yang mencapai keputusan PNGK 3.00 hingga 3.49 seramai 7 orang pelajar menerima insentif tunai berjumlah RM400.00 seorang manakala yang mencapai keputusan PNGK 3.50 ke atas seramai 6 orang pelajar menerima insentif tunai berjumlah RM500.00.

Philip berkata, anugerah yang berbentuk insentif tunai ini adalah menghargai segala penat lelah yang telah mereka curahkan di sepanjang tahun pembelajaran bagi meraih keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan SPM dan STPM.

“Penganugerahan ini bukan sahaja ingin memotivasikan pelajar, malah ia juga bersulam dengan inisiatif untuk memberi pengiktirafan terhadap keputusan mereka yang amat membanggakan.

Namun begitu saya ingin berpesan kepada semua pelajar supaya jangan mengharapkan ganjaran semata-mata pada setiap kejayaan yang diperoleh.

Apa yang lebih penting adalah kita dapat mempelajari dan memupuk nilai-nilai positif yang ada pada diri dalam mengecapi sesuatu kecemerlangan atau kejayaan” katanya.

Untuk memcapai kecemerlangan katanya, berpeganglah dengan ungkapan“Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” yang memberi gambaran bahawa jika tiada usaha yang dikerjakan pasti tiada hasil yang akan diterima.

Philip turut menyeru para pelajar agar sentiasa menghormati ibu dan bapa yang telah berusaha tanpa mengira siang dan malam untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak.

“Hargailah mereka kerana mereka merupakan tulang belakang untuk setiap pencapaian yang telah anda” katanya.

Beliau juga menyeru para pelajar menghayati ungkapan kata-kata daripada Mahatma Gandhi, “Hiduplah seolah-olah anda akan mati esok dan belajarlah seolah-olah anda hidup selamanya”.

“Jadi jangan putus asa, terus kekalkan kecemerlangan anda di dalam apa jua yang sedang atau bakal di lakukan” katanya.

Pada masa Philip mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Anak-anak Dusun Pedalaman Sabah kerana telah berjaya merencanakan program yang gilang gemilang ini.

Beliau juga berterima kasih atas sokongan semua pihak kerana yang sudi berganding bahu dengan Yayasan Bank Rakyat dalam usaha memartabatkan pendidikan di Negeri Sabah.

“Kita berharap usaha ini usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang” tambahnya.

Terdahulu Presiden Persatuan Anak-Anak Dusun Pedalaman Sabah (Peribumi) Mohd Khairy Abdullah @ Henry berkata, pendidikan adalah hak asasi manusia yang tidak boleh diketepikan dan pendidikan juga sangat penting sebagai salah satu mekanisma pembangunan masyarakay yang mampan, adil dan harmoni.

“Sebab itu kita melihat pelaburan dalam pendidikan sangat penting … tugas kita ialah membantu kerajaan untuk memperkasakan tumpuan pelajar untuk bersaing untuk mencapai kecemerlangan,”

“.. Saya lihat terlalu banyak teorai galakan kecemerlangan kepada pelajar, tetapi ia sekadar teori tetapi kami melakukan praktikalnya .. anugerah yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang hari ini adalah sebahagian daripada agenda kita di Sook ini,” Katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat (YBR) Junik Bajit, SIpartners PPD Pensiangan Arifin Antiko dan Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Sook, Jimoty Biujin.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.