Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon turun padang

0
Wakil Rakyat Kadamaian yang juga Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick menemui pengundinya di Kadamaian

KOTA BELUD (Sabah, Malaysia): Kehadiran Wakil Rakyat Kadamaaian Datuk Ewon Benedick disambut mesra oleh penduduk tiga buah kampung, Bundu Paka,Lingkubang dan Kebayau pada program turun padang Adun itu pada Khamis.

Rata-rata penduduk menzahirkan ucapan ‘terima kasih’ kepada wakil rakyat itu, apa yang mereka sifatkan seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Sepanjang jelajah program itu, Ewon menyampaikan sumbangan kebajikan dan lmeninjau keperluan masyarakat kampung berkenaan.

Apa khabar, Ewon bersalaman dengan penduduk Kadamaian

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu turut menyampaikan sumbangan katil boleh laras, kerusi roda dan bantuan bakul makanan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Kelab Kebajikan Kadamaian.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan pesakit dan keluarga pesakit berkenaan,” katanya kepada pemberita di lokasi lawatan.

PERIHATIN – Ewon bertanya sesuatu kepada seprang pengundinya yang sedang ujur

Ewon turut meninjau keperluan tiga buah gereja di kampung Bundu Paka, Libgkubang dan Kebayau seterusnya menyampaikan sumbangan untuk tabung pembangunan Gereja Bundu Paka dan Kg.Lingkubang.

Terdahulu Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud mengadakan perjumpaan khas dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, untuk membincangkan perlantikan Ketua-Ketua Kampung Kadamaian, isu politik semasa dan program pembangunan keusahawanan dan koperasi serta penganjuran Konvensyen dan Rumah Terbuka Krismas ADUN Kadamaian.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.