Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Guru lemas di sungai Pensiangan

0

PENSIANGAN (Sabah, Malaysia) – Seorang guru yang dikenalpasti sebagai Aramis Amukat, 50,  lemas ketika sedang mandi di Sungai Seliuh Kampung Pensiangan pada khamis.

Mayat mangsa diusung untuk dibawah ke Hospital Keningau

Mangsa seorang rakyat tempatan yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pensiangan dan berasal dari Kemabong Tenom.

Pilu .. anak-anak murid meratapi guru mereka yang korban sungai

Ketua Polis Keningau Deputi Superitendan (DSP) Shahrudin Mat Husain dalam satu kenyataan kira-kira jam 11.26 malam pada Jumaat mengesahkan kejadian itu.

“Polis menerima panggilan kecemasan dari orang ramai kira-kira jam 6.19 petang pada khamis yang memaklumkan seorang guru meninggal dunia akibat mati lemas ketika mandi,” katanya.

Shahrudin berkata, ketika kejadian itu berlaku beberapa orang guru  penduduk kampung sekitar telah berusaha memberi pertolongan cemas kepada mangsa namun gagal.

“Mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Pensiangan dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Keningau melalui perjalanan darat yang mengambil masa 3 jam setengah untuk bedahsiasat, polis mengklifikaasikan kejadian itu sebagai mati mengejut (SDR).

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.