Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Harga telur ayam terus melonjak naik di Jakarta

0

JAKARTA: Harga telur ayam di sejumlah pasar di Jakarta dilaporkan terus meningkat dengan harga terbaharu 33,000 rupiah (RM9.96) bagi sekilogram telur.

Harga itu meningkat berbanding 31,170 rupiah (RM9.40) per kilogram sebelum ini.

Bagaimanapun, masih ada pasar di bandar raya ini yang menjual telur ayam pada harga lebih rendah iaitu 29,000 rupiah (RM8.74) sekilogram.

Harga telur ayam di negara ini dilaporkan akan terus meningkat sehingga minggu depan.

Namun, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menjangkakan kenaikan itu tidak kekal lama dan bakal turun dalam masa terdekat.

“Insya Allah saya jangka lagi dua minggu harga telur ayam akan turun.

“Kenaikan harga ini disebabkan oleh kenaikan harga makanan ayam dan saya yakin kerajaan mampu menangani masalah tersebut,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Dalam pada itu, Ketua Umum Ikatan Pedagang Pasar Indonesia, Abdullah Mansuri berkata, kenaikan harga telur ayam sudah direkodkan sejak lima tahun lalu, malah paras harganya semakin tinggi dan disifatkan tidak masuk akal.

“Dari harga 27,000 rupiah (RM8.14) sehinggalah naik kepada 33,000 rupiah per kilogram.

“Selain faktor harga dedak, rantaian pengedaran yang terlalu ‘panjang’ juga menyebabkan harga naik mendadak,” ujarnya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.