Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Juruterbang bertumbuk dalam kokpit ketika penerbangan

0

PARIS: Syarikat penerbangan Perancis, Air France menggantung perkhidmatan dua juruterbangnya kerana bergaduh dalam kokpit semasa penerbangan dari geneva ke Paris pada Jun lalu.

Biarpun berlaku kekecohan, pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat, selain tidak menjejaskan penumpang dan kru.

Menurut laporan akhbar Swiss La Tribune, juruterbang dan pembantu juruterbang bergaduh sehingga bertumbuk dan menolak antara satu sama alin sebaik sahaja pesawat berlepas.

Pergaduhan itu kemudiannya dileraikan oleh kru penerbangan dengan seorang daripada mereka kekal berada di kokpit sepanjang penerbangan bagi memastikan perjalanan lancar.

Insiden itu mula tular selepas agensi siasatan udara Perancis, BEA mengeluarkan laporan menyebut beberapa juruterbang Air France tidak bersikap profesional dalam mematuhi protokol kesihatan.

Sementara itu, Air France memaklumkan pihaknya melakukan audit sebagai tindak balas terhadap insiden yang berlaku.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.