Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hormati rakyat, bubar parlimen — Perikatan Nasional

0

KUALA LUMPUR (Malaysia) – “Biarlah rakyat menentukan,” Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa memberitahu satu persidangan media berhubung dengan pendirian parti itu sebagaimana yang telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertua gong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini, hari ini.

Annuar berkata bahawa Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PAS berpendirian bahawa Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda negara pada ketika ini.

Katanya, pendirian itu cukup jelas dan telah  dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“  Ini berikutan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu membentuk kerajaan uniti berdasarkan individu,” katanya.

Ini bermakna jelas Annuar, perdana menteri  akan memilih anggota kabinet berdasarkan individu dan bukan berasaskan parti.

Annuar berkata, perancangan terbaharu Tun Mahathir itu banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti.

“Selepas parti berbincang, kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat dan mohon Parlimen dibubarkan,” katanya.

Sidang media itu diadakan di Menara Dato’ Onn.

Di Sabah, syor membubarkan Parlimen sebagaimana yang dipersembahkan oleh Perikatan Nasional disifatkan oleh rata-rata rakyat sebagai penyelesaian bijak untuk menamatkan kemelut politik Malaysia bagi mendapatkan mandat yang tulin daripada rakyat. — BD

 235 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.