Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ahli Parlimen Malaysia dititah menghadap Agong

0

KUALA LUMPUR (Malaysia) – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad dititah untuk menghadap  bagi mendapatkan kata putus sokongan daripada Ahli parlimen sendiri.

Presiden Umno Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tiba di istana untuk menghadap Yang di-Pertua Agong bagi menzahirkan pilihan Perdana Menteri Mlaysia — Kredit Gambar: Suara Merdeka

Sesi temuramah ini yang akan bermula pada 2.30 petang hari ini dengan 90 orang Wakil Rakyat daripada Semenanjung Malaysia dan selebihnya   Wakil Rakyat Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang akan diadakan pada hari esok.

Sesi temubual secara peribadi dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Sahah itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali bagi menzahirkan siapakah calon Perdana Menteri Pilihan mereka.

Malaysia mempunyai seramai 222 Ahli Parlimen dan diwajibkan menghadap baginda dalam pertemuan yang dijangka mengambil masa 2 – 3 minit.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara itu  dalam sidang media di Istana Negara hari ini. – BD.

 

 355 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.