Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hubungan kerajaan dengan badan agama Sabah kuat – Hajiji

0
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan cenderamata kepada Bishop Anglikan Diosis Sabah, The Most Reverend Datuk Melter Jiki Tais

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRSBN) sentiasa berusaha mengekalkan hubungan yang baik dan mesra dengan badan agama di negeri Sabah.

Katanya, Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya akan menegakkan dan melindungi kebebasan beragama, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Menghormati kepercayaan (agama) antara satu sama lain, sentiasa menjadi tonggak kekuatan dan perpaduan kita di Sabah. Walaupun berbeza agama dan bangsa, kita di Sabah dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni selama ini. Justeru, kita mesti melindungi ini”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Bishop Anglikan Diosis Sabah, The Most Reverend Datuk Melter Jiki Tais dan rombongan di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini pada Selasa.

Hajiji berkata, Kerajaan GRS-BN juga komited dan meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam dan sekolah-sekolah bukan Islam di negeri ini.

Menurutnya, dalam Belanjawan Negeri Sabah tahun 2022, jumlah peruntukan yang diluluskan untuk Pemberian Bantuan Kewangan Bagi Badan-Badan Keagamaan Bukan Islam sebanyak RM27 juta.

“Setakat bulan Mei 2022, Sekolah-Sekolah Bukan Islam yang menerima bantuan kewangan melalui peruntukan khas Ketua Menteri sejumlah RM 2,403,150.00,”.

“Manakala Badan-Badan Keagamaan Bukan Islam yang menerima bantuan kewangan melalui peruntukan khas saya, setakat Mei 2022 ialah sebanyak RM 1,730,000.00”, tambahnya.

Hajiji berkata, secara peribadi beliau dari keluarga berbilang kaum dan agama serta mengamalkan prinsip hormat menghormati dalam keluarga.

Beliau  mengucapkan terima kasih diatas penghormatan dan jemputan sebagai tetamu kehormat Majlis Kesyukuran Ulang Tahun ke-60 Anglikan Diosis yang akan diadakan pada 31 Ogos 2022.

Sementara itu, Datuk Melter Jiki Tais berkata pihak gereja menyokong kerajaan hari ini dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam membangun negeri dan membantu rakyat.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.