Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Panjat pokok ‘suci’ demi Tiktok, lelaki Australia dihalau keluar Indonesia

0

AKIBAT sering memanjat pohon beringin yang dianggap suci demi kandungan bahan media sosial, seorang lelaki Australia dihantar pulang ke negara asalnya.

Lapor Kompas.com, Pejabat Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia memaklumkan lelaki yang dikenali sebagai Samuel Lockton mengganggu penduduk di Kampung Tradisional Kelod Kelaci, Tabanan, Bali.

Ketua Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Anggiat Napitupulu berkata, lelaki itu tidak dibenarkan berada di Bali lagi selepas melakukan gangguan tersebut.

“Kita perintahkan dia meninggalkan Indonesia dan dilarang masuk ke negara ini dalam tempoh tertentu,” katanya.

Lelaki itu mengaku memanjat pokok tersebut beberapa kali sebagai hobi dan merakamkan videonya untuk kandungan TikTok.

Anggiat berkata, lelaki itu sudah memohon maaf kepada masyarakat adat terutamanya masyarakat Pura.

Samuel masuk ke negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Tuban, Bali, 6 Jun lalu menggunakan visa melancong.

Sabtu lalu, penduduk setempat menangkap lelaki itu sebelum dibawa ke balai polis.

Pihak polis kemudian menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak imigresen.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.