Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lebih 100 dijangkiti Covid-19 selepas hadiri pesta seks di Sweden

0

LEBIH 100 orang dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri satu pesta seks yang diadakan di Stockholm, sekali gus menjadi antara kluster terbesar di Sweden.

Lapor The Sun, pesta tersebut diadakan di Molkom di wilayah Varmland dan kini polis menyiasat jika pihak penganjur sengaja membiarkan pengunjung dijangkiti virus maut tersebut.

Jika didapati bersalah, penganjur bakal berdepan dengan denda atau hukuman penjara sehingga dua tahun.

Menurut polis, mendedahkan masyarakat dengan ancaman penyakit berjangkit yang boleh membawa maut dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

Terdahulu, penduduk tempatan menghubungi polis kerana khuatir pesta tersebut boleh mencetuskan kluster jangkitan yang boleh menjejaskan aktiviti harian mereka.

Penduduk tempatan bimbang sekiranya keadaan menjadi semakin teruk sehingga perintah berkurung perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan.

Selain itu, Norway yang bersempadan dengan Varmland turut mengambil langkah berjaga-jaga apabila menutup pintu sempadan dengan tidak membenarkan sebarang aktiviti keluar dan masuk dari wilayah tersebut.

Selepas lebih 100 pengunjung pesta berkenaan positif Covid-19, pihak penganjur memohon maaf kepada penduduk setempat.

Sweden sebelum ini menjadi antara negara Eropah yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 ketika gelombang pertama melanda dunia.

 

 744 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.