Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9

0

SIAPA Perdana Menteri ke-9? Persoalan itu menjadi tajuk utama perbualan hampir kepada semua rakyat di Malaysia.

36 jam yang lalu sekurang-kurangnya lima nama pemimpin yang ditular untuk jawatan itu, termasuk Presiden parti Umno Datuk Ser Dr. Zahid Hamidi, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Naib Presiden Umno Datuk Ismail Sabri Yaakob dan diblok PH Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

24 jam kemudian hanya dua nama yang menghampiri kerusi Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua kumpulan pemimpin ini mendakwa mempunyai nombor yang cukup sebagai password untuk duduk dihadapan Yang di-Pertuan Agong untuk menandatangani watikah perlantikan Perdana Menteri.

Tentera siber bagi kedua-dua pemimpin itu terus bekerja untuk mencanangkan jeneral mereka memiliki password untuk masuk di Istana Negara sebaik pengumuman dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, selewat-lewatnya penghujung minggu ketiga pada bulan Ogos ini.

Di pedalaman Sabah, bunyinya sangat berbeza; Sebahagian besar rakyat di situ begitu optimis bahawa Perdana Menteri ke-9 adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenapa? Ismail Sabri seorang pemimpin yang BERSIH.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.