Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

ular sawa muncul dalam rak makanan

0

SEBUAH pasar raya di bandar Sydney menjadi gempar apabila seekor ular sawa berada di sebuah rak makanan dengan kepalanya menghulur keluar.

Lapor BBC, kejadian itu disedari oleh seorang pengunjung, Helaina Alati, 25, apabila ular sepanjang tiga meter itu menjelirkan lidahnya keluar.

Kebetulan Alati adalah seorang penyelamat haiwan liar dan sudah biasa berhadapan dengan ular.

“Saya toleh ke belakang dan ular itu berada dalam jarak 20 sentimeter daripada muka dan memandang ke arah saya.

“Ular itu seolah-olah ingin berkata supaya membawanya keluar dari kawasan itu,” katanya.

Alati mendapati ular itu tidak berbisa dan selepas merakam kejadian itu, dia memaklumkan kepada staf dan menawarkan bantuan kepada pihak pasar raya membawa keluar ular itu.

Dia kemudian bergegas mengambil beg guni dari rumahnya dan datang semula ke pasar raya itu.

Selepas mengetuk ular itu daripada bahagian ekor, haiwan itu terus memasuki beg guni tersebut.

Wanita itu melepaskan ular tersebut di kawasan habitat semula jadi bagi spesies itu di sekitar Sydney.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.