
MENTERI Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, turun padang melawat mangsa bencana angin kencang yang menerbangkan bumbung rumah penduduk di Kg. Tambalugu pada Khamis.
Mangsa, William Nonon @ Riboyon, 66 tahun, menghadapi detik cemas setelah bumbung kediamannya diterbangkan angin dan sebahagian struktur rumahnya menghadapi kerosakan teruk.
Jahid, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli berkongsi kesedihan dengan mangsa dan meminta beliau supaya bersabar untuk mengharungi ketentuan itu.
Ketika di lokasi, Jahid menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa untuk meringankan bebanan sementara menunggu bantuan yang sewajarnya.
Hadir sama Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan kepimpinan Kampung Tambalugu.- Oleh: JOHARY INDAN