Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

MBEF 2021 digunapakai bantu organisasi Sabah capai kemampuan – Dr. Gunsalam

0

TIMBALAN Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, kerajaan melalui  Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menguna pakai kriteria Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) 2021 untuk membantu organisasi di Sabah untuk mencapai kemampanan serta daya saing.

Jelasnya, keputusan itu diambil kerana terdapat keperluan mendesak untuk mengubah perniagaan dan memulihkan ekonomi di Sabah.

“Rangka kerja ini juga digunakan untuk menilai dan mengenali organisasi yang menyertai Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) yang diperkenalkan pada tahun 1990 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Organisasi yang berupaya mencapai kecemerlangan operasi telah terbukti lebih berdaya tahan dan akan bertahan dalam waktu yang mencabar,” katanya ketika merasmikan pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah tahun 2020/2021 di sini pada Jumaat.

Dr. Gunsalam berkata, antara faktor pencapaian ini adalah persekitaran perniagaan yang kondusif untuk membolehkan syarikat beroperasi lebih produktif dan berdaya saing.

Selain itu katanya, MID juga menyokong penuh inisiatif Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dirangka bagi mengoptimumkan sumber dan hasil negeri, merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan ekonomi rakyat.

Beliau juga memaklumkan MID akan menyertai World Expo Dubai 2020 di Emiriah Arab Bersatu pada penghujung tahun ini.

“Sebanyak 11 usahawan IKS Sabah telah terpilih untuk mempromosikan produk Sabah semasa Expo Dubai tersebut.

“Kerajaan negeri mensasarkan tempahan sebanyak RM25 juta semasa expo itu,” katanya. – Oleh: JOHARY INDAN

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.