Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jasa tiga wira negara dapat penghargaan Bank Rakyat

0

RANAU (Sabah, Malaysia): Waris perwira Polis Diraja Malaysia yang terkorban dalam insiden pertempuran di Lahad Datu pada tahun 2013 menerima sumbangan daripada Bank Rakyat bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka terhadap negara.

Penyerahan sumbangan kepada tiga waris itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Beneick pada Program Kasih Wira Negara sempena perasmian cawangan baharu Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu X’Change, di Bank Rakyat Ranau, pada Ahad.

Ewon berkata, bantuan itu sebagai pengiktirafan terhadap keberanian dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan negara.

“Walaupun sudah sedekad insiden ini berlaku, namun pengorbanan mereka tidak seharusnya kita lupakan.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban serta memberi sokongan dan keceriaan kepada para waris,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Ewon berkata, meskipun pengorbanan wira negara tidak ternilai harganya, beliau berharap agar sumbangan itu dapat membantu meringankan beban dan memberi sokongan moral kepada para waris.

“Sesungguhnya, pengorbanan dan keberanian perwira negara kita tidak akan pernah dilupakan,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.