Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kadar pengangguran belia menurun – PM

0

Oleh ROSANNA EDEZA

PERDANA Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kadar pengangguran dalam golongan belia yang berumur dari 15 hingga 40 tahun di seluruh negara menurun bagi suku pertama tahun ini.

Katanya, penurunan kepada 5.3 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Bilangan penganggur pada suku pertama tahun ini seramai 585,000 orang berbanding 627,000 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Perdana Menteri  berkata kadar pengangguran dijangka terus menurun sekiranya inisiatif dan program yang tersedia untuk belia diteruskan di seluruh negara.

“Jumlah ini dijangka terus menurun sekiranya kita mengambil tahu dan ambil peduli terhadap inisiatif serta program yang tersedia untuk belia-belia.

Jelasnya, melalui kerjasama strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) akan lebih memberi tumpuan kepada pertanian bandar.

Katanya,  KBS kini giat meningkatkan kesedaran belia berkaitan tanggungjawab belia sebagai pengundi muda.

“Selaras dengan Pindaan Undang – undang Perlembagaan Persekutuan melibatkan penurunan had umur pengundi dan had umur kelayakan menjadi calon kepada 18 tahun serta pendaftaran pemilih secara automatik.

“KBS giat melaksanakan program Rukun Negara@Belia, Jelajah Kafe Undi 18, RNB Kursus Rukun Negara, Undi18 Cafe dan RNB Keluarga Malaysia, dengan ini lebih 100,000 belia dari Sabah dan Sarawak disasarkan menyertai program berkenaan.

Tambahnya, penganjuran program Hari Belia Negara 2022 di Sabah kali ini menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan menerusi program Y-Career, manakala program S4Y pula terdapat 2,000 peluang latihan dan jaminan pekerjaan melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.

 

 

 

 288 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.