Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemandu langgar kenderaan JPJ mengaku tidak bersalah

0

Oleh DG HENRY (eksklusif)

PEMANDU jengkaut yang melanggar kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  sehingga terbalik pada 30 Jun lalu, mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Asyraf B. Zolhani di Mahkamah Sesyen Keningau.pada Jumaat.

Bekerja sendiri sebagai petani, Philip Bin Meden, 62, mengangguk faham mengenai dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, tetapi membuat pengakuan  tidak bersalah ke atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Pertuduhan pertama, dibawah Seksyen 186, menghalang penjawat awam menjalankan tugas  yang membawa penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000.

Pertuduhan kedua, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, melakukan khianat dengan melanggar kenderaan Toyota Fortuner milik JPJ yang membawa penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih 5 tahun atau dengan dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh diwakili oleh Peguam Nelson W. Anggang dari firma guaman Aklee Chua & Anggang, sementara Pendakwaraya Euginie Meredith Gilbert.

Perbuatan tertuduh  kira-kira jam 3.49 petang di jalan Kepayan – Magatang pada 30 Jun 2022

Tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM6,0000.00 dengan dua orang penjamin dan diarah untuk lapor diri di Balai Polis Keningau setiap dua minggu sehingga sebutan kesnya dimulakan pada 16 Ogos depan.

Kisah tertuduh melanggar kenderaan JPJ sehingga terbalik  mendapat perhatian jutaan manusia di seluruh dunia, sementara media cetak, berita online dan pelbagai saluran media sosial menyiarkan rakaman video mengenai kisahnya di paparan popular.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.