Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kamarlin Pertahan Sipitang

0

Oleh JAAFAR ABD WAHID

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): “Ya, saya pertahankan Umno Sipitang,” Datuk Kamarlin Ombi menjawab soalan media, sambil mengakui kemungkinan ada pencabarnya pada pemilahan Mac depan.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Lumadan itu menjelaskan pendirian untuk mempertahankan jawatan itu kerana ingin terus berkhidmat kepada parti setelah Umno berhadapan dengan pelbagai cabaran serta dugaan selepas BN/UMNO menghadapi kekalahan semasa Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14) dan tsunami politik  untuk   memimpin bahagian itu sehingga kini.

“Saya berpendapat kepimpinan lama juga tidak harus diketepikan kerana pengalamanan luas mereka yang masih diperlukan parti selain menerima kehadiran pimpinan muda,’ Jelasnya di sini pada Khamis.

Kamarlin  menganggap senario keinginan dan kesungguhan pemimpin muda untuk bertanding pada pemilihan kali ini sebagai satu perkembangan yang amat positif.

“.. Petanda ini menunjukkan Umno masih berpengaruh,” Katanya.

Mengenai pemilihan pada Mac depan, Kamarlin berkata ia sangat penting dalam menentu hala tuju parti dan agenda perjuangan membela  nasib  dan masa depan  orang Melayu dan bumiputera.

Menurut beliau, sesiapa pun yang akan bertanding mesti berani kedepan untuk memartabatkan dan memulihkan semula imej UMNO yang sebelum ini dilontarkan dengan pelbagai presepsi negetif sehingga menjejaskan sokongan rakyat kepada BN/UMNO

“Kita mahu mencari orang yang  ikhlas dan berperinsip berjuang memartabatkan kembali parti keramat ini .. ini penting kerana UMNO pada masa akan datang akan berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran” jelas Kamarlin

Ketika diminta mengulas perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di bahagian Sipitang, Kamarlin berkata ianya berjalan dengan baik dan lancer.

“Memontum serta semangat ahli masih begitu tinggi untuk memperkasakan parti (Umno),” Katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.