TULID (Sook, Pensiangan): Pada Rabu Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng menghadiri mesyuarat pelaksanaan Program Santuni Komuniti 2023 Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).
Santuni Komuniti merupakan program ‘Social Enterprise’ JHEWA yang fokusnya mempertingkat dan memperkasa penglibatan usahawan wanita dalam ekonomi khususnya golongan ibu tunggal dan B40 berlandaskan dasar ‘Perkukuhkan Ekonomi, Perkasakan Komuniti’.

Flovia yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid diberi taklimat mengenai perkembangan pelaksanaan program itu dan juga membincangkan, antara lainnya, penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mempermudahkan keberhasilan program tersebut.
Mesyuarat yang berlangsung di Wisma Wanita dipengeruskan oleh Pengarah JHEWA Hajah Haslina Ismail, yang memberitahu perlaksanaan pertama program tersebut akan diadakan di DUN Tulid dan Sook.
Di Kg. Kabatang Baru, Adun Tulid itu menyampaikan sumbangan kasih kepada Pontius Antit, suami kepada Mandiang Crispina Mambun. Penyelia Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid Narisin @ Jafdin Petrus menyampaikan sumbangan itu bagi pihak Wakil Rakyat Tulid itu.
235 total views, 1 views today