Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mayat kanak-kanak lemas di sungai Kuala Apas Tawau ditemui

0

 

MAYAT kanak-kanak  lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang pada Rabu ditemui di kawasan Sungai Kampung Kuala Apas Tawau tengahari pada Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan di sini memberitahu, mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira 12.25 tengahari oleh pasukan itu ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) disekitar satu kilometre radius dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan jabatan itu, mangsa dipercayai hilang semasa keluar bersama ibunya.

Mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan pengecaman sebelum diserahkan kepada keluarga.

Operasi SAR diaktifkan mulai 9.43 malam pada Rabu tetapi ditangguhkan pada jam 11.36 malam sebelum disambung semula pada jam 9.17 pagi hari ini (Khamis).

SAR melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk setempat.

 345 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.