Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

25 lokaliti dikenakan PKPD di seluruh negara – TPM

.. Enam lokaliti di Sabah membabitkan  Kampung Gumandang, Kudat,  Kampung Lumatai Ulu, Beaufort.

0

TIMBALAN Perdana Menteri Malaysia Datuk Ismail Sabri Yaakob  memberitahu, sebanyak 25 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh negara termasuk 14 lokaliti di Pahang bermula 24 Julai hingga 6 Ogos.

Lokaliti di negeri itu membabitkan daerah Temerloh iaitu Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts, Seluruh Kampung Padang Lalang, Taman Perumahan Sri Kemuning dan Flat Sri Kemuning.

Turut dikenakan PKPD di daerah itu adalah Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, Seluruh Felda Lakum, Kampung Paya Keladan dan Taman Keladan Indah.

Selain itu kompleks dan kuarters Penjara Bentong, Bentong, Pahang juga dikenakan PKPD.

Di Sabah enam lokaliti membabitkan  Kampung Gumandang, Kudat,  Kampung Lumatai Ulu, Beaufort.

Tiga lokaliti membabitkan Sipitang iaitu Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole serta dua lokaliti di Tuaran iaitu Kg Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis.

Timbalan Perdana Menteri itu  turut mengumumkan pelanjutan PKPD di tiga lokaliti di Sura, Dungun Terengganu yang sepatutnya tamat esok.

PKPD di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam dilanjutkan sehingga 6 Ogos.

Sementara itu PKPD di Kampung Mangkubau Laut, Pitas; Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu; FELDA Umas 1, 3 dan 4, Kalabakan; Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu di Sabah serta Kawasan Perindustrian Bestgrade, Pokok Sena, Kedah ditamatkan esok.

“Semalam, 525 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 449 individu dikompaun, 68 direman manakala lapan lagi individu telah dijamin,” kata Ismail Sabri.

Beliau juga berkata, sebanyak 34 premis meliputi empat kilang dan 30 premis perniagaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur oeprasi standard yang ditetapkan kerajaan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.