Oleh DG HENRY

SEMAKIN ramai menyertai KDM, membuktikan ia semakin mendapat tempat di hati rakyat, jelas presiden parti itu Datuk Peter Anthony.
Bercakap di Ranau dalam satu majlis Mirumoh-Rumoh Pisompuruan KDMR (Kadazandusun, Murut dan Rungus), Peter berkata, ia satu manifestasi menunjukkan KDM menjadi pilihan rakyat.
Peter berkata, sambutan luar biasa itu sebagai terjemahan bahawa rakyat kini memilih KDM sebagai wadah politik mereka.

“Rata-rata yang saya temu hari ini sebahagian besar dari luar bandar .. mereka datang dengan suka rela untuk mendengar perkongsian .. ini petanda bahawa masyarakat luar bandar menerima parti ini (KDM),” .
“.. Ini juga petanda bahawa pelbagai kaum di negeri ini menerima KDM,” tambahnya.
Majlis Mirumoh-Rumoh Pisompuran KDMR bejaya mengambit seramai 2,500 ahli melalui 40 cawangan, sekaligus pengiktirafan bahagian parti itu bagi daerah Ranau yang diketuai oleh Sirimah Basir.
Majlis yang dihadiri ribuan penyokong KDM itu diadakan di Perkarangan SEDCO Kundasang pada Sabtu.
Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Melalap optimis bahawa pertambahan keahlian parti itu di Ranau akan bertambah dari masa ke semasa.
Ketua Bahagian KDM Ranau, Siriman Basir ketika diminta mengulas mengenai kehadiran yang begitu sesak memberitahu, beliau sangat teruja kerana parti itu mendapat sambutan luar biasa.
“Saya yakin .. saya percaya sokongan parti KDM di Ranau akan meningkat,” katanya.
Ketiga-tiga Naib Presiden parti, Martin Tommy, Datuk Jihair Matlani, Henry Saimpon dan Ketua Pemuda Jumardi Lokman, serta wakil parti SAPP turut hadir di majlis itu.
![]()