WAKIL Rakyat Tulid Flovia Ng berkata, beliau sentiasa bersama dengan rakyat ketika susah dan senang.
“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk sentiasa bersama rakyat,”.
“..Tidak ada hujung minggu untuk saya .. semuanya untuk rakyat yang dikasihi,” katanya dan menambah, kecuali desakan tugas rutin beliau mengerakkan kakitangannya di Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid untuk mewakili beliau untuk menyantuni rakyat di kawasan.
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu berkata, pengalamannya sebagai keluarga susah pada sebelum ini banyak mendidik beliau untuk menjiawai rakyat.
“Pengalaman ini memudahkan saya untuk mendampingi dan memahami mereka (Rakyat),” jelasnya kepada The Borneo Digest.
Bekerja tanpa terikat dengan protokol, Flovia pada Sabtu lalu di Kg. Luanti Baru bagi memberi penghormatan terakhir kepada mandiang Saudah Binti Agong @ Flora yang meninggal sakit tua.
Berkongsi simpati dengan keluarga yang ditinggalkan, Wakil Rakyat Tulid itu menyampaikan sumbangan untuk kegunaan pengurusan pengkebumian.
Di Kg. Panagatan Ulu, beliau menyampaikan sebanyak enam gulung polly paip kepada penduduk kampung itu.
Di Kg. Kindasan, Adun Tulid mewakilkan Pemaju Mukim Menawo Samuel Yomorong untuk menyampaikan sumbangan kepada Roger Pomin yang akan bertugas di Kuala Lumpur.
Flovia turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Samuil Dolusim, ayah kepada Fidelia Binti Samuil yang kini sedang dirawat di Hospital Besar Queen Elizabeth kerana terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.
Fidelia mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan perlu menjalani pembedahan.