Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kecekapan mengurus kos tangani kenaikan harga barang – Flovia

0

PEMBANTU Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Flovia Ng berkata, satu langkah jarang diketengahkan dalam menangani isu kenaikan harga barang adalah kecekapan mengurus kos.

Wakil Rakyat Tulid memotong ribrn sebagai simbolik perasmian Program ualan Murah Keluarga Malaysia Kg. Luanti Baru

“Ertinya, pelanggan perlu bijak untuk  menyeneraikan aktiviti atau langkah dalam menghasilkan penawaran perkhidmatan,”.

“.. Kebijaksanaan membeli barang keperluan juga termasuk dalam maksud ini,” Katanya kepada Wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid baru-baru ini.

Flovia berkata, dalam situasi tertentu pengguna sebagai pengeluar kepada barang-barang keperluaan rutin.

Flovia menyerahkan sijil kepada koperasi terpilih

“Bertanam sayur-sayuran, menternak ayam atau lain-lain aktivti yang biasa dilakukan,” Katanya.

Mengenai program itu, Flovia yang merupakan Wakil Rakyat Tulid mahu rakyat disekitar agar mengambil peluang keemasan itu untuk mendapatkan barang keperluan mampu beli.

Program yang dirancang selama lima bulan itu menawarkan potongan sehingga 20 peratus melibatkan barang keperluan seperti beras, daging ayam, ikan / hasil laut, gula, tepung, minyak, telur, sayur-sayuran serta buah=buahan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid Casmir Silip, Pegawai Kemajuan Rakyat Tulid Sylvester Jaimis serta pemimpin setempat menghadiri majlis itu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.