Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sokong KM Sabah dan PM sekali pun tidak diterima GRS – Datuk Peter Anthony

0

Oleh DG HENRY

SAMA  ada diterima atau tidak sebagai sebahagian rakan kongsi kompenan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk  Peter Anthony berkata, partinya akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi  kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Datuk Peter memperkenalkan Winston kepada media

Katanya, KDM mempunyai pendirian yang sangat jelas dan percaya bahwaa Ketua Menteri Hajiji Noor yang juga pengerusi GRS mempunyai pertimbangan sewajarnya berhubung permohonan parti itu.

“Secara terbuka saya ingin nyatakan, dari segi pentadbiran di peringkat negeri, Hajiji seorang ketua menteri yang belum ada tolak tandingnya, saya percaya beliau ada pertimbangan sewajarnya (berhubung permohonan KDM menyertai GRS).

“Sama ada diterima atau tidak (menyertai GRS), kita akan teruskan perjuangan dan sebagai sebuah parti kerdil, kami akan muktamadkan bila sampai masanya iaitu dalam mesyuarat pimpinan tertinggi yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya, ketika menjawab soalan-soalan Wartawan dalam satu persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat ketua bahagian dan penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Permohonan parti itu untuk menyertai GRS belum diputuskan sehingga kini, namun Peter memberi reaksi bahawa ia bukan masalah besar kepada parti pimpinannya pada ketika ia mendapat layanan yang baik sebagai ‘mesra kerajaan’.

“..Ia memberi ruang kapada KDM untuk memperkukuhkan sokongan,” Tambahnya dan memberi reaksi kepada soalan wartawan bahawa parti itu akan bertanding untuk Parlimen Tenom dan Papar pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

“Sudah pasti Tenom kita akan tanding, begitu juga Papar kerana parti ini mempunyai wakil rakyat di situ,” Jelasnya.

KDM kini mempunyai 20 bahagian di seluruh negeri.

Peter merupakan ADUN Melalap, yang berada dalam kawasan Parlimen Tenom, manakala timbalannya, Juil Nuatim adalah ADUN Limbahau, dalam kawasan Parlimen Papar.

Terdahulu, Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap mengumumkan kemasukan seorang ahli perniagaan yang juga Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA) Winston Liaw ke parti pimpinannya.

“Hari ini saya menyertai parti KDM kerana ia parti tempatan yang benar-benar memperjuangkan hak Sabah .. seperti yang kita tahu bahawa Sabah pada suatu ketika merupakan sebuah negeri yang kaya, tetapi hari ini keadaannya menyedihkan .. semua orang Sabah bertanggungjawab untuk memperjuangkan hak Sabah .. sebab itu saya berada di sini (parti KDM),” Jawab Winston kepada soalan Wartawan.

Sementara itu, Peter berkata, penyertaan Winston ke dalam parti itu satu paradigm  positif menunjukkan  perjuangan parti KDM mendapat sokongan yang kuat daripada kaum Tionghua.

“Winston akan menjadi ketua bahagian parti ini di Kota Kinabalu dan saya yakin lebih ramai lagi masyarakat Tionghua akan menyertai kita,” katanya.

 

 689 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.