Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerajaan bantu bina rumah baharu mangsa kebakaran — Peter

0

TENOM (Sabah, Malaysia): Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata,  Kerajaan negeri akan memberi bantuan segera kepada Sudirman Hajar, 40, yang isteri dan tiga orang anaknya rentung dalam satu kebakaran  melibatkan sebuah rumah di Kampung Menara Pemilaan  kira-kira jam 12.46 pagi pada Selasa.

Peter (dua kiri) meninjau tapak kebakaran rumah yang mengorbankan lima mangsa

Sepupu perempuan kepada isterinya turut rentung dalam kebakaran itu.

“Kita akan cuba membantu termasuk mendapatkan semula rumah untuk mangsa .. kita juga melihat termasuk bantuan-bantuan lain untuk disalurkan kepada mangsa,”

“Ini adalah kejadian yang amat sukar kita terima .. kita bagi dia (Sudirman) ruang sekejap dan lepas itu kita akan bincang dengan beliau mana yang patut kita bantu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kebakaran itu hari ini.

Peter turut memberitahu bahawa beliau akan menanggung segala kos perbelanjaan pengurusan pengkebumian kelima-lima bangsa kebakaran itu.

Seawal pagi pada Selasa, lima sekeluarga rentung dan seorang selamat dalam satu kebakaran di Kampung Menara Pemilaan.

Ketua Polis Tenom DSP Hasan Majed mengesahkan mangsa-mangsa yang rentung seperti berikut, Siti Khadijah Umar, 32 (isteri Sudirman); Mohamad Zaidi Hamidin Sudirman, 9 (anak); Mohamad Asy Syakirin Sudirman, 10 (anak); Lai Shafura Sudirman, 3 (anak) dan sepupu perempuan kepada Siti  Khadijah – Nur Safadira Suhaili, 11.

Arwah Siti Khadijah

Hasan berkata, seorang mangsa yang selamat Sudirman Hajar, 40 mengalami kecederaan melecur di bahagian kepala, belakang badan dan tangan kiri.

Sementara itu suasana pilu menyelubungi di Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Ulu Pemilaan apabila kelima-lima mangsa dikubur dalam satu liang lahad.

 320 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.