Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

543 pelajar sertai gunting rambut percuma Armada Bersatu Nabawan

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): Seramai 543 pelajar sekolah  rendah menengah mendapat perkhidmatan  gunting rambut percuma sempena Program Back To School anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Bahagian Pensiangan baru-baru ini.

Azwan (kiri) bersama Ulin (tengah) mengunting rambut pelajar

Ketua Penajanya Awangku Azwan Pangeran Hamzah berkata, pelajar yang terlibat dari kawasan DUN Nabawan dan Sook.

Katanya, program itu bertujuan memberi sumbangan keperluan persekolahan kepada golongan yang memerlukan.

“Ia juga membina jaringan Armada bersama masyarakat khususnya golongan belia disamping merealisasikan hasrat parti untuk membantu masyarakat khususnya keluarga kurang mampu” katanya ketika ditemui selepas program itu.

Katanya, dengan program ini akan dapat memberikan semangat dan persedian dari segi mental dan emosi kepada mereka untuk menghadapi sesi persekolahan awal tahun.

Tambahnya, Armada Bersatu Bahagian Pensiangan juga merancang untuk melaksanakan pelbagai program di peringkat akar umbi pada tahun ini.

Mengulas pelaksanaan program berkenaan Azwan berkata, secara keseluruhannya, penganjuran Program Back To School ini mendapat sambutan daripada komuniti di daerah Nabawan dan Sook. 

Katanya, aktiviti ini dapat memberi ruang untuk memperkenalkan parti dan Armada itu sendiri kepada masyarakat. 

Beliau berharapakan pada masa akan datang penganjuran program sebegini dapat diterukan dengan skala yang lebih besar agar objektif dan hasrat untuk membantu serta memperkenalkan “Politik Khidmat” kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang.

Hadir sama pada program itu Naib Ketua Bahagian Bersatu Pensiangan Ulin Datuk Pamiang Dan beberapa AJK Bersatu Pensiangan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.