SEMPORNA (Sabah, Malaysia): Datuk Ramlee Marahaban mengesahkan bahawa BN di Sabah dalam keadaan mantap untuk menghadapi PRU ke-14.
Justeru katanya gabungan parti pembangkang lama dan yang baharu di negeri ini tidak mengugat sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kerjasama dalam pembangkang sangat goyah dan lemah,” katanya kepada pengamal media ketika ditemui selepas majlis khatam Al-Quraan peringkat daerah Semporna pada Ahad (8 Jan 2017).
Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah itu bekata, parti-parti pembangkang yang lama dan baharu masih teraba-raba untuk mencari haluan, dan apa yang mereka cuba lakukan merupakan usaha terdesak untuk mendapatkan kesepakatan yang goyah.
Ramlee merupakan Angota Dewan Undangan Negeri Bugaya, yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah.
Beliau mahu supaya rakyat tidak terpengaruh dengan janji-janji kosong pemimpin pembangkang, apa yang beliau sifatkan hanya untuk meraih sokogan menjelang pilihanraya yang akan datang.
668 total views, 1 views today