Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerosakan ampangan pengairan Marampong dalam perhatian pembaikan — Datuk Robert

0

HASRAT 10 orang petani di Kampung (Kg.) Marampong untuk mengusahkan sawah pada tahun ini mungkin tidak kesampaian berikutan kerosakan ampangan Sungai Mososorob ketika banjir besar melanda daerah pedalaman baru-baru ini.

JARISIN GULIDA

“Tahun ini adalah hari malang bagi petani-petani di sini,” Jelas salah seorang petani di kampung itu, Jarisin Gulida, 48, kepada The Borneo Digest.

Sekurang-kurangnya 18 hakter sawah milik petani terjejas yang mampu menghasilkan 10 metrik tan dalam satu musim.

Jarisin berkata, kali terakhir ampangan itu diselia pada tiga tahun yang lalu (2019) dan menjadi nadi pengairan kepada petani di situ sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Banjir besar yang melanda kampung itu baru-baru ini meranapkan sebahagian dinding catuan ampangan atau gobion pengairan sawah di situ.

Jarisin yang bercakap sebagai wakil petani-petani di kampung itu berkata, sawah-sawah mereka tidak mungkin dapat diusahakan pada tahun ini jika kerosakan ampangan itu tidak dapat dibaiki dalam tempoh terdekat ini.

“Sepatutnya pengaliran air ke sawah sudah bermula pada bulan Jun,” Katanya dan merayu wakil rakyat kawasan supaya membantu mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin ketika dihubungi mengulas mengenai kerosakan ampangan itu memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan mengenai masalah itu dan menjelaskan bahawa Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Keningaudan sedang membuat kajian kerosakan sebelum dibaiki. – Oleh: EKOK AMIN

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.