Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

KKD Lingkudou serah bantuan mangsa kebakaran Kg. Bakiau

0

SELEPAS menyumbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Tenom dan Beaufort, sekali lagi umat komuniti keristian dasar (KKD) St. Joseph Lingkudou menghulurkan sumbangan kasih kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung (Kg. Bakiau.

Sumbangan berbentuk minuman air mineral, makanan dan barangan dapur itu diserahkan kepada wakil keluarga David Ambrose dalam satu majlis ringkas.

Pengerusi KKD St. Joseph Lingkudou Keneddy Bukat yang menyampaikan bantuan itu memberitahu bahawa pihaknya sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa kebakaran itu.

“Seluruh komuniti Lingkudou bersedih dan bersimpati dengan kejadian trajis ini,” Katanya.

 236 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.