Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kesatuan KDMR Sabah bermula  – Datuk Peter

.. Majlis anjuran parti KDM Bahagian Pensiangan dihadiri 5000 rakyat

0

Oleh DG HENRY

Presiden parti KDM Datuk Peter Anthony berucap di hadapan ribuan rakyat di Nabawan. – Foto: BERRY

OPTIMIS dengan kehadiran luar biasa Majlis Asisimpung am Asisindangan anjuran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)Parlimen Pensiangan, Presiden parti itu Datuk Peter Anthony berkata, ia satu ‘tali ukur’ menunjukkan kesatuan Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) Sabah yang beliau cetuskan sudah bermula.

DATUK PETER ANTHONY – Presiden parti KDM

Katanya, gesaan beliau untuk mengwujudkan kesatuan KDMR  Sabah sudah tercapai.

“Kehadiran Datuk Elron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah (Timbalan Presiden parti Star Sabah) dan Datuk Ghani Yassin (Adun Nabawan GRS – Bersatu) satu permulaan yang baik untuk kesatuan kita .. pisompuruan kita dalam KDMR ke arah untuk kebaikan terutama untuk memertabatkan kedudukan kita di peringkat negeri Sabah,”.

Datuk Peter menyampaikan watikah perlantikan Ketua Penyelaras KDM DUN Nabawan kepada Jackrison Kilan, sambil diperhatikan oleh kedua-dua Ketua Penyelaras, Martin Tommy DUN Sook dan Peter Paun DUN Tulid – Foto: BERRY

“.. Kalau ini lah sebenarnya kehendak .. hari ini ditunjukkan  ribuan  penduduk-penduduk, masyarakat di kawasan Pensiangan  .. mudah-mudahan saya percaya kedudukan kita atau tujuan sebenar kita untuk mengwujudkan satu perjuangan yang murni terutama untuk membantu Sabah ke arah Sabah Maju Jaya yang mana slogan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) pada ketika ini akan berjaya .. mudah-mudahan,” Katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama di majlis Asisimpung am Asisindangan di Nabawan pada Sabtu.

Sebahagian daripada ribuan lapisan rakyat menghadiri majlis anjuran parti KDM Parlimen Pensiangan – Foto: BERRY

Dianggarkan seramai 5000 penduduk pelbagai lapisan menghadiri majlis gilang gemilang anjuran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)Parlimen  Pensiangan yang dilangsungkan di Dewan Terbuka Nabawan.

Timbalan Presiden Parti Star Sabah Datuk Elron Angin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Ghani Yassin menghadiri majlis yang julung kali diadakan bersama pemimpin-pemimpin KDM itu.

Timbalan Presiden Parti KDM Datuk Juil Nuatim dan kesemua naib presiden parti itu. Datuk Laimon Laikim, Datuk Johiar Matlan, Martin Tommy dan Henry Saimpon turut hadir, selain Ketua Belia Jumardie Lokman, Ketua Penerangan Dr. Oswold Igau, Bendahari David HP Lo, Ketua Puteri Alvina Jane Justin dan Jackrison Kilan, Ketua Penyelaras KDM DUN Nabawan yang juga pengerusi penganjur majlis.

Di majlis itu Peter mengumumkan penubuhan sebanyak 63 cawangan baharu parti itu di Parlimen Pensiangan serta menyampaikan surat perlantikan Ketua Penyelaras KDM DUN Nabawan, Sook dan Tulid.

Majlis yang mendapat sambutan luar biasa itu disifatkan oleh rata-rata penduduk setempat sebagai lampu hijau kebangkitan KDMR di Sabah.

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.