Oleh EKOK AMIN
SUNDAMI Fc leburkan harapan Titan Fc di padang Kompleks Sukan Keningau dengan gol 3 – 0 pada pertarungan masa tambahan Keningau Premier League 2022 pada sabtu.
Pertembungan kedua-dua pasukan pilihan itu gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan kedua, menyaksikan penentuan diheret ke maasa tambahan yang menyaksikan Choel Joh Kinuli wira bagi pasukan Sundami Fc dengan dua jaringan disusuli Jinus Risik gol ketiga beberapa saat sebelum visel penamat ditiupkan.
Kedua-dua pasukan mempamirkan aksi kebal sepanjang masa pertama dan kedua, menyaksikan tidak ada gol berjaya melepasi barisan pertahanan masing-masing.
Beratus peminat bola yang memenuhi stadium Kompleks Sukan Keningau, masing-masing memberi reaksi ‘puas hati’ sepanjang menyaksikan persembahan yang sangat menghibur.
“Bakat mereka (pemain kedua pasukan) boleh diketengahkan di peringkat negeri .. mereka boleh bermain jauh lebih baik jika dilatih dengan baik,” ulas seorang penonton yang ditemui.