Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kesederan penyakit kanser dikalangan masyarakat masih rendah – Adun Sook

0

MENTERI Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, kesederan penyakit kanser dikalangan masyarakat masih rendah.

Justeru tegasnya usaha untuk menyebar luas kesedaran penyakit itu perlu dipergiatkan khususnya dikalangan penduduk luar bandar.

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

“Sebab itu saya sangat bersetuju dengan usaha murni yang dilakukan oleh Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) yang baharu sahaja ditubuhkan tetapi bergerak cergas secara aktif menganjurkan program yang intipatinya menjurus untuk memberi kesederan kepada penduduk,”.

“Saya difahamkan bahawa program hari ini merupakan yang pertama dianjurkan di Sook dan saya sangat menyokong,” katanya ketika berucap menyempurnakan perasmian program Kesederan Kanser di Kampung (KG) Seri Menanti  Sook (Sabah, Malaysia).

Seramai 50 orang menghadiri program unggul di kampung itu yang  dikendalikan oleh Lucia Kihing.

Ellron yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook  menyarankan agar usaha murni itu diteruskan supaya rakyat sentiasa peka terhadap kesihatan masing-masing dan tidak merasa malu untuk tampil ke pusat kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Beliau menyokong penuh usaha persatuan-persatuan sukarela dan  badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat sukarela kepada masyarakat selaras dengan matlamat penubuhan masing-masing.

“Saya berharap supaya PSKS terus mendampingi masyarakat dengan menganjurkan lebih banyak program sebegini di masa hadapan,”. Katanya.

Pegawai bertugas, Dr. Cliff Asher R Ongil memberikan ceramah kesederan selain perkongsian pengalaman daripada Samsiah Ani. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.